Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Saturday, December 26, 2009

Kpd yg bertanya (bab faraidh)

Bismilahirrohmaanirrohiim

Sebelum saya menjawab, utk pengetahuan anda, blog ini adalah blog public dan sesiapa sahaja, dari negeri manapun boleh mengunjungi. Susah bagi saya utk menjawab jika saya tidak tahu lokasi anda. Lain negeri lain undang2nya, sib baik ada wording "CPF". Diharapkan juga menulis nama anda diakhir soalan, supaya saya tahu dari org yg sama, tahulah saya menjawab dgn cara sedikit ringkas krn dgn alasan pernah bertanya(bermaksud dah tahu cara saya menjawab). Kalo dari org yg tak sama..maka cara jawapan saya akan berbeza..barangkali in detail skit. Mintak kejesama supaya mudah utk berinteraksi...Terimakasih.

Setelah membaca masaalah yg telah dipost, ada tersilap kefahaman dari sudut hukum Faraidh. Selagi simati itu ADA ANAK, adik beradik tidak ada hak atas harta peniggalan. Bermakna adik beradik akan ada hak ke atas harta simati bila simati itu TIDAK ADA ANAK.

Jom kita check sama2 An-Nisa ayat 11-13

Ayat 11

Pembahagian general / keseluruhan;

Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu :
bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan

dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan;

jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta.

Dan untuk dua orang ibu-bapa(mak-bapak simati), bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan,jika yang meninggal itu mempunyai anak;

jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya(takde anak, yg ada mak-bapak jek)(saja),

maka ibunya mendapat sepertiga;

jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara,(kalo ada adik-beradik)

maka ibunya mendapat seperenam.

(Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
** Dari ayat 11 ni...takde pun cite pakcik makcik dapat...

Ayat 12:

Utk para2 suami yg kematian isteri;

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu,jika mereka tidak mempunyai anak.

Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya.


Utk para2 isteri yg kematian suami;

Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.

Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah
dibayar hutang-hutangmu.

Simati yg takde anak;

Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak,

tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki atau seorang saudara perempuan,(barulah status pakcik makcik timbul)

maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.

Tetapi jika saudara-saudara itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, (bermaksud sharelaaaa masing2)

sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

** dari ayat 12 ni baru konfem pakcik makcik dapat bahagian harta..itu pun kalo takde anak


Ayat 13;

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

Huraian dan jalan kluar:

Hukum Allah;

Yg boleh membatalkan hukum faraidh adalah wasiat dan hutang, kedua2 ini wajib dilaksanakan dulu jika ada. Jika harta simati abis camtu jek dgn bayar utang, maka seiapa pun tak dpt, krn fungsinya bayar hutang itu, utk tidak mebebankan ahli waris.
So jika takut gak tidak berlaku adil...bikinlah wasiat yg mana dlm wasiat tu hanya anak dan isteri dia je yg dpt. Jika nak kuatkan lagik disertakan pula dgn diwakili surat lawyer.(pasang 1 lawyer bikin surat wasiat, kalo mati pun ada surat dari lawyer)

Al-Maidah 106


Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu (boleh pasang lawyer cina), jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: "(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."

Wasiat ni pula boleh batal gak jika wasiat itu tadi memudhorotkan ahli waris. Sebagai contoh dlm wasiat itu dia sedekahkan seluruh harta dia kat masjid tetapi anak2 dan isteri dia banyak hutang, takde tempat tinggal, takde makan dan pakaian maka wasiat itu batal.


Hukum circular dan undang2 negeri:

Rumah itu dipaksa jual hanya bila ada 1 nama sebagai owner. So taruk nama isteri dia beli insurance yg mana bila suami mati secara automatis rumah itu menjadi percuma tanpa bayaran dan menjadi hak milik si-isteri.

Wang CPF pula taruklaa nama isteri dan anak2 sebagai beneficiary(one that receives a benefit) maka CPF itu hanya boleh dimilki oleh sipemilik.


Jika rumah hanya nama suami, wang simpanan dibank juga hanya nama suami, wang CPF pula tanpa nama beneficiary dan apa2 milik harta yg bersangkut-paut terkait dgn kerajaan. Maka secara automatis rumah yg dijual, wang CPF dan wang simpanan bank akan ke "PUBLIC TRUSTEE". Utk memiliki wang2 tersebut hanya anak dan isteri sahaja yg boleh claim dgn membuktikan/producekan surat nikah dan birth cert. JIka tiada anak dan isteri maka adik beradik barulah boleh claim dgn sama method. Paper work dan wang akan kluar dlm masa 3 ke 4 bulan.

Apa yg saya lihat tiada masalah pun dari sudut hukum dan undang2..memang pakcik2 dia tak akan dapat wang tersebut..Jgn stress2 laa..harta suami tetap akan ke anak dan isteri dia..cuma mintak kejesama anda utk taruk nama anda dipost dan lokasi supaya senang saya jwb.

Akhiri dgn Wa Salaam...

No comments:

Post a Comment

zwani.com myspace graphic comments