Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Saturday, January 2, 2010

Silasilah Nabi dan Rasul

Apakah Perbezaan DiAntara
"Keturunan[bani]Adam"
Dgn
Zuriat[zuriat]Adam" ???

" click gambar untuk melihat yg lebih besar "

Wednesday, December 30, 2009

Kpd saudari hana (bab talak)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Al-Baqoroh ayat 228

Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Huraian:

Quru' = suci dari haidh - 3 quru bermakna 3 kali suci - aprrox 3 bulan, tergantung gak kondisi hormon seseorang wanita khususnya, lagi2 bila dah berumur kedatangan haidh itu tidak menentu.

Selepas si-suami melafaskan talak, bermakna diketika itu seorang hakim akan menilai syarat2 lafas talak tadi, sebagai contoh:

a) si-isteri dlm keadaan suci, tidak dlm keadaan haidh dimasa lafas tadi berlaku

b) si-suami dlm keadaan waras;

i) tidak dlm keadaan marah (manatahu ketika itu ikut rasa kemarahan)
ii) tidak mabuk (kekadang dah minum arak, tak ingat)
iii) saksi pula optional krn apa2 pun hakim yg akan menentukan dan menilai walaupun cukup syarat saksi.

Jika ada alasan2 diatas maka secara automatis batal lafas talak tadi, tetapi sekiranya masing2 hendak juga proceed. Maka ketika itulah bermula hukum 3 quru.

Dlm masa 3 quru pula, mrk masing2 masih sah suami-isteri, masih boleh duduk serumah, tanggungjawab tetap sama, hanya tunggu masa ketentuan dan dlm masa itu lafas talak boleh batal dan dianggap "ruju".

Menagapa 3 quru?

a) supaya memastikan didldm rahim si-isteri tidak ada benih / mengandung, manalah tahu sebelum kekecohan, si-isteri ada hubungan intim dgn lelaki lain (walhal dah barape lama tak bersama dgn si-suami)

b) supaya masing2 sedar tanpa isteri dan tanpa suami susah nak hidup dgn adanya anak2 (baru2 lafas, geram tak nak ingat..lama2 nanti rasa rindu)

c) supaya masing2 fikirkan anak2, kondisi rumah, financial(barangkali si-isteri tak bekerja) dan banyak lagi hikmah2 yg Allah hendak tunjukan kpd kedua pasangan jika mrk menilai dgn telilti.

Bermakna dlm 3 quru tadi lafas talak boleh batal dan dianggap ruju' dgn 3 alasan:

a) ada benih: mengandung
b) lafas: si-suami nyesal tarik balik lafas cerai
c) bersetubuh: tak tahan rindu dan mrk berdua kin sex (kalo si-isteri atau suami betul2 nak cerai tak kan laa nak kasi)

Penutup:

Bersandarkan dalil yg diberi diatas, bermakna suami-isteri itu tidak melakukan zina krn dlm masa 3 quru itu mrk masih sah suami-isteri, Hanya batal lafas talak je(tidak perlu akad nikah semula hanya batal quru, batal quru bermakna ruju')

Jika dah kin sex gaduh balik, lafas laa lagik, tunggulah 3 quru lagik.

Sekiranya sampai abis iddah 3 quru, masing2 tak jadi berpisah...camtu gak laa masih suami-isteri gak.

Jika abis iddah 3 quru..konfem nak gak berpisah, barulah si-hakim endorse jatuhnya talak 1. JIka hendak ruju kembali barulah dtngnya akad lafas nikah.

Disini kita lihat betapa uniqnya hukum2 Allah yg telah diatur kpd kita. Banyak org2 diluar salah kefahaman, lafas cerai je langsung kluar rumah, cara itu bukan merujukan mrk kembali, malahan menceraikan mrk.

Semoga mendapat manfaat. Akhiri dgn Wa Salaaaaam.

Monday, December 28, 2009

Kpd saudari cinababa (bab aqiqah)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Qorban dan Aqiqah ni sebenarnya tidak ada hukum yg tetap, ianya boleh berubah.

Sunnat: melakukanya,
Wajib: melakukanya bila jatuhnya nazar,
Harus: pd setiap muslim dan mukmin dlm seumur hidup sekali sekadar membuktikan ada gak laa ibadah Qorban atau Qiqah tadi, sebagai contoh:

a) Apa bukti kita sebagai seorg anak kpd ayahnya..ziarah ketika dia sakit, beli saguhati dan dll.

b) Contoh gak: Malaikat bertanya apa bukti kamu sebagai seorg Islam? ..kita pun baca surah Al-Ikhlas, membuktikan kita baca quran atau kita pernah berqurban dan aqiqah.

Qorban dan Aqiqah ni juga adalah isu mempersembahkan sesuatu kpd Alloh khususnya. Dan ianya berlaku krn adanya sejarah hanya utk membezakan persembahan org Islam dgn persembahan org selain islam; limau dan epal kpd kambing dan lembu. bermakna kalo mrk2 betanya knp kita sembelih, maka jwbnya samalah korang kasi oren dan epal, hanya bezanya ada pengertian Taqwa didlm ibadah kita dan menegakan syariat Islam yg dibawa nabi Allah Ibrahim.

Contoh2 pesembahan dlm Quran

Al-Maidah ayat 27

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!." Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa."

Al-Anam ayat 138-139

Dan mereka mengatakan: "Inilah hewan ternak dan tanaman yang dilarang; tidak boleh memakannya, kecuali orang yang kami kehendaki", menurut anggapan mereka, dan ada binatang ternak yang diharamkan menungganginya dan ada binatang ternak yang mereka tidak menyebut nama Allah waktu menyembelihnya, semata-mata membuat-buat kedustaan terhadap Allah. Kelak Allah akan membalas mereka terhadap apa yang selalu mereka ada-adakan.

Dan mereka mengatakan: "Apa yang ada dalam perut binatang ternak ini adalah khusus untuk pria kami dan diharamkan atas wanita kami," dan jika yang dalam perut itu dilahirkan mati, maka pria dan wanita sama-sama boleh memakannya. Kelak Allah akan membalas mereka terhadap ketetapan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

An-Nhal ayat 56-57

Dan mereka sediakan untuk berhala-berhala yang mereka tiada mengetahui (kekuasaannya), satu bahagian dari rezki yang telah Kami berikan kepada mereka. Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanyai tentang apa yang telah kamu ada-adakan.

Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (yaitu anak-anak laki-laki).


Banyak lagi contoh2 yg diceritakan dlm Al-Quran tentang persembahan. Yg paling penting kita tahu krn apa, knp dan kewajipan apa yg kita hendak persembahkan ibadah kita kpd Allah.

Apa yg kita persembahkan kpd buahhati kita? ...pasti yg lebih kemampuan kita
Apa yg kita persembahkan kpd Ayah kita? ...pasti dgn kasih sayang yg baik2
Apa yg kita persembahkan kpd Agama kita? ...sambil lewa..memain
Apa yg kita persembahkan kpd Allah? ..kambing yg kurus2, yg da nak expired umur........heran eh?

Mcm mana kita persembahkan pengorbanan kita kpd org yg kita sayang begitu juga kpd Allah malah sepatutnya yg lebih baik.

Penutup:

Wudhu' pd dasarnya hukum sunat, krn adanya sholat maka jatuhnya wajib, tidak sah sholat tanpa berwudhu. Apa buktinya kita islam?.. dgn adanya whudu masuk waktu maka kita sholat..sholat itu buktinya kita islam. (kalo wudhu hukum wajib setiap masa kene jaga wudhu tahan kentut..lama2 muka naik kuning..Ahaaakkzzz)

Qurban dan Aqiqah pd dasarnya hukum sunat, krn ada nazar maka ia wajib dilaknakan. Apa buktinya kita islam?...krn faham syariat Nabi Ibrahim, faham sejarah tentang persembahan, diberi pula dgn persembahan yg baik2 kambing lembu yg gemuk2, kambing ni pula dipelihara semasa kecil, diberi makan dgn sebaik2nya, dijaga khusus hanya utk ibadah qorban, bila dah cukup masa kambing lembu itu pun kita persembahkan kpd Allah, maka itulah buktinya kita dlm Islam.

Jgn bernazar jika tidak mampu utk Qorban atau Aqiqah....

Akhiri dgn Wa Salaam...
zwani.com myspace graphic comments