Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Saturday, December 12, 2009

Kpa saudari Luv (sedikit ulasan zakat)

Bismillahirohmaanirohiim

Zakat dalam sudut bahasa = "pembersihan". Dan bab zakat ni banyak link dia..nak kene khusus,,isu zakat yg blah mana..seperti zakat diri (pembersihan diri), zakat harta (pembersihan) harta, pecah lak lagi kpd zakat niaga laaa..zakat simpanan laaa dan lain..lain..lain, lebih sesuai bila kita ruju' dgn yg berperingkat amil (org yg menguruskan baitul mal). Tapi disini saya ingin menjelaskan zakat yg sudut general dimana setiap org yg bergelar Islam harus tahu dan maklum. (dan saya rasa jawapan ni gak yg LuV inign tahu) camni...

Apa itu zakat:-

a) Zakat Fitrah: [bezanya setahun sekali] Wajib bagi setiap manusia yg bergelar Islam, Muslim bila jantungnya masih berdegup, bernyawa walaupun ianya seorang bayi yg masih menyusu. Jika betul2 fakir tidak ada sumber keuwangan, maka tanggungjawab seorang pemimpin utk memberi duit zakat kpd dia sementara, supaya boleh dia menjalankan ibadah zakat utk diri dia sendiri.. ( Ya Rosullulah sesungguhnya didesa ku, aku lah yg paling miskin, bagaimana aku boleh menjalankan ibadah zakatku? Maka nabi memberi beliau kurma dan menyuruh beliau kembalikan kurma tadi kpd Nabi sebagai ibadah zajat beliau.Bila dtng masa pembahagian zakat simiskin tadi mendapat habuan drp zakat hasil dr perintah Nabi). Tak boleh elak wajib setiap insan menjalankan ibadah zakat.Masa kekhalifahan Abu Bakar..ada sekelompok org yg tidak mahu berzakat.Lalu diperintahkan beliau utk memerangi kelompok tadi.

b) Zakat Harta: [bezanya bila genap "1 Haul" ] Hukum wajib gak.

i) Dengan maksud harta yg dipakai (emas..gelang/rantai) atau duit yg disimpan dgn tidak ada transaction kluar-masuk, freeze selama setahun dgn mengeluarkan sebahagian kebiasaanya 2.5% dari harta yg freeze tadi.

ii) Tidak perlu membersihkan lagi dgn Haul yg depan cukup dgn sekali krn syariatnya sekali bersih.

***disebabkan tu, selagi ada transaction, maka susah seorg amil utk menjatuhkan ia sebagai zakat harta, krn in between setahun itu ada kluar-masuk dan tidak freeze. Contoh keuntungan niaga tidak boleh disitilahkan sebagai zakat tetapi digunakan lain istilah bahasa atau teknik seperti sedeqah atau infaq dgn mengeluarkan duit tadi skali bayaran( lump sum).

c) Zakat diri: Lebih dikenal dgn ilmu Tazkiyah atau Tazkiroh, belajar agama, mengajar agama, mendengar ceramah dan syarahan lalu mengamalkanya seperti sholat.

Huraian:

a) Zakat harta: bayangkan setiap seorang insan mengeluarkan $2 dgnt tidak mengira pangkat, darjat, status dan usia. Tak secara langsung Allah mengajar kita utk bekerja sama dlm membantu setiap manusia yg berhak menerima bantuan itu.

b) Zakat Harta: Supaya tidak ada sikap lokek, lupa diri dgn kekayaan.

c) Zakat diri: Tak charge battery ia akan weak, over charge lak battery itu akan gelembong sebab tu bila dah tazkiyah perlu ada sampingan amal/perlaksanaan.

Siapakah yg berhaq menerima zakat ? dgn pembahagian 8 asnaf dlm suroh At-Taubah ayat 60

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Penutup:

a) Banyak jenis2 dan pecahan system, cara dan teknik zakat, yg penting kita tahu mana yg wajib dan selebihnya kita rujuk dgn lebih terperinci dgn Amil yg bertanggung jawab.

b) Setiap Islam wajib mengeluarkan zakat dgn masa dan ketetapan yg dijelaskan diatas.

c) Yg menerima pula adalah dasar kondisi daerah dan kerja siAmil. contoh kondisi hari ni tidak banyak org miskin tetapi lebih muallafnya sesuai peratusan itu akan lebih kpd muallaf tidak kpd org miskin.

Harta dah banyak kape tanya2 pasal zakat...Akhiri dgn Wa Salaamu.




2 comments:

  1. Hek eleh...org tatau...so org tanya la... pe jek. :-p Apa2 pon...Mekasih yer

    ReplyDelete

zwani.com myspace graphic comments