Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Wednesday, December 9, 2009

kpd sharizaldinho (bab sembelih korban)

Bismillahirohmaanirohiim

Sebelum saya jwb...sila baca ayat ni

Alloh berfirman dlm suroh Al-hajj ayat 36-37:

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi'ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan untua-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Huraian:

Ibadah yg didalamnya ada sejarah tentang seorang ayah yg menjalankan perintahnya kpd Allah dan ketaatan seorang anak kpd ayahnya. Bayangkan...apa akan berlaku jika Nabi Ibrahim merasa rasa kesian atau tak sampai hati dlm tugas beliau tadi. Entah eh ? Apa akan berlaku eh ?

Bermakna bukan krn anaknya (Nabi Ismail), tetapi semata2 krn Alloh. Bukan daging atau darahnya..tetapi krn ketakwaan kita kpd Allah...Rasa kesian ke...tak sampai hati ke..boleh makan ke...tak boleh ke..jika kesemua itu tanpa ketakwaan...jgn laa kita cita pasal boleh makan atau tak. Ahaaakzzzz

Jawpan utk kemusykilan anda adalah:

1) Haram bila daging korban kita jual atau selain yg telah terbiasa kita buat seperti bertaruh (dlm sejarah daging dorang buat main judi)

2) Makan sebahagian yg lain sedekah itu lebih baik.

3) *** Tak salah sekiranya anda memakan daging korban tadi walaupun niat anda seperti itu..cuma biarlah yg baru lepas tu anda jadikan kali yg terakhir. Janganlah jadikan ibadah korban kita dgn adanya niat2 seperti itu krn ia akan memusnahkan ketakwaan kita kpd Allah.(bukan makan dagingya..tetapi ibadahnya)

p.s sengaja pakai bahasa pasar supaya senang faham

Akhiri dgn Wasalaaamu

No comments:

Post a Comment

zwani.com myspace graphic comments