Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Tuesday, December 8, 2009

Jawapan soalan dik kup (taguungjawab kpd org tua)

Bismillahirrohmanirrohiim.

Hanya ada dua suroh yg menceritakan tentang kewajipan kita kpd org tua sila baca.

1) Dlm suroh Luqman ayat 13-15

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar."

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun[1180]. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

2) Dlm suroh Al-isro' ayat 23-24

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."

Ta'rif atau definasi:-

Ayat2 itu tadi adalah aplikasi terhadap seluruh manusia perempuan atau lelaki yg bergelar anak yg masih ada lagi org tua termasuk mak atau bapak mertua, krn mrk juga didlm katogeri org tua.

Bermakna suami aplikasi ayat tadi termasuk mertua dia.
Isteri juga aplikasi ayat itu kpd mertua dia.

Cuma bila jatuhnya atau bila bercerita tentang tanggung jawab maka aplikasi isteri ditarik oleh suami krn penyerahan ayah kpd suami.Tetapi!!! tetap berbuat baik itu berjalan terus kpd kedua pihak org tua selagi mrk masih hidup.

Carta tanggung jawab:- mcm carta radio jek Ahaakkzzz)

Ayah kpd keluarganya sendiri.

Abg kpd adik beradiknya sendiri.

Anak lelaki kpd ibu dan bapanya sendiri.

Suami kpd anak2 dan isterinya. (kalo hidup bermadu..amik ko)

Contoh..

a) Kalo masih ada ayah atau abg jgn laa "masuk campur sangat" tapi jgn laa tak masuk campur terus urusan tanggung jawab..krn kita pun ada anak dan isteri sama seperti mrk(ayah atau abg).

b) JIka ayah atau abg tak melaksanakan kerja mrk maka secara automatis kita sebagai anak lelaki yg menjalankanya. Kpd yg tak menjalankan tangungjawab..u wait..Allah ada, malaikat catit..atau u all dah tua..anak2 u all buat mcm u gak.

c) Masing2 ada tugas dan tanggung jawab masing2 seperti carta itu tadi.Walau macamana pun pusing2 balik tetap ayat2 yg diatas tadi berjalan setiap masa selagi org tua kita masih hidup.

Akhir dgn Wa Salaamu.




2 comments:

zwani.com myspace graphic comments