Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Sunday, December 13, 2009

Ijtihad Part2

Bismillahirrohmaanirrohiim.

Halal, Haram, Wajib, Sunnat, Mahkruh dan Harus keenam2 ni dinamakan sebagai hukum Talifi. Dan hukum talifi ini harus digandingkan dgn hukum Wadain.Tanpa gandingan hukum Wadain maka sesuatu pekara itu tidak akan ternampak jelas utk membuat keputusan kpd Talifi tadi.

Hukum Wadain pula terbahagi kpd dua iaitu; Syarat dan Sebab.

Contoh dan huraian:

Sebagai contoh "Niksh":

a) Syarat seseorng utk nikah mampu biaya(financial), matang/baligh dan mcm2 lagi. Krn disebabkan pula nafsunya bergelonjak sangat maka hukum utk dia bernikah menjadi Wajib.

b) Cukup syarat, krn pula sebab dia menghadapi penyakit Aids maka hukum beliau utk bernikah menjadi Haram.

c) Sebab pula cukup, krn syarat kurang sebagai contoh tidak berkerja kurang biaya utk nafkahkan si-isteri maka utk dia bernikah menjadi Makruh.

Alasan2 diatas hanyalah sebagai contoh bagaimana hukum Talifi itu boleh berubah krn Hukum Wadain. Begitu juga bila para2 Ualama membuat sesuatu keputusan terhadap sesuatu pekara utk menjadikan dia sebagai satu sumber hukum akan berbeza.Dan keputusan itulah yg dinamakan "Ijtihad".

Penutup.

Bermakna ijtihad itu tidaklah tetap, tetapi akan berubah krn Wadain.

a) Lain org, krn lain kondisinya, maka lainlah Ijtihadnya.

b) Lain tempat/negeri/negara, lain masyarakat, lain cara penghidupan maka lainlah Ijtihadnya.

***Disebabkan itulah Imam2 yg terkenal seperti Syafii,Hanafi,Hambali dan juga imam2 sebelum mrk berbeza2 dgn Hukum Tailifi masing2 disebabkan tempat, daerah, cara penghidupan umat2 mrk yg berbeza.

Info penting:

i) Ijtihad tidak boleh menyalahkan Ijtihad yg lain selagi Ijtihad itu tidak melebihi Al-Quran dan Sunnah.Bermakna bukan salah, tetapi silap kefahaman kita selama ini jika kita mengatakan Syafii salah Hambali betul..atau Hanafi salah Syafii betul.Krn mrk2 sendiri tidak melangar ajaran Al-quran dan Sunnah.Dlm sudut bahasa "Muslim Standard Practise".

ii) Ijtihad pula tidak boleh melebihi Al-Quran dan Sunnah, tetapi Al-quran dan Sunnah boleh bila2 masa utk menyalahkan Ijtihad.

ii) Gunakanlah Muslim Standard Practise(M.S.P) itu tadi dgn hikmah masing2.Syafii mengatakan sentuhan dgn yg bukan muhrim batal whudu, tetapi Hanafi mengatakan tidak.Bagaimana dgn keadaan Haji dgn org ramai berpusu2 mengerjakan tawaf? Tidak salah diketika itu kita mengunakan M.S.P Hanafi, krn beliau tidak menyalahkan Al-Quran dan Sunnah.

Allah berfirman:

Al-Mukminun ayat 52-53

Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu[, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.

Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).

Ar-Rum ayat 30-32

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah,

yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.

Info ini bukan utk merubah hukum atau cara ibadah tetapi hanya sekadar me"Neutral"kan kefahaman kita2 yg selama ini tersalah anggap.

Semoga mendapat kefahaman dan manfaat, yg jelek dari saya sendiri yg Haq hanya pd Alah.

Akhiri dgn Wa Salaamu.

No comments:

Post a Comment

zwani.com myspace graphic comments