Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Wednesday, December 30, 2009

Kpd saudari hana (bab talak)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Al-Baqoroh ayat 228

Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Huraian:

Quru' = suci dari haidh - 3 quru bermakna 3 kali suci - aprrox 3 bulan, tergantung gak kondisi hormon seseorang wanita khususnya, lagi2 bila dah berumur kedatangan haidh itu tidak menentu.

Selepas si-suami melafaskan talak, bermakna diketika itu seorang hakim akan menilai syarat2 lafas talak tadi, sebagai contoh:

a) si-isteri dlm keadaan suci, tidak dlm keadaan haidh dimasa lafas tadi berlaku

b) si-suami dlm keadaan waras;

i) tidak dlm keadaan marah (manatahu ketika itu ikut rasa kemarahan)
ii) tidak mabuk (kekadang dah minum arak, tak ingat)
iii) saksi pula optional krn apa2 pun hakim yg akan menentukan dan menilai walaupun cukup syarat saksi.

Jika ada alasan2 diatas maka secara automatis batal lafas talak tadi, tetapi sekiranya masing2 hendak juga proceed. Maka ketika itulah bermula hukum 3 quru.

Dlm masa 3 quru pula, mrk masing2 masih sah suami-isteri, masih boleh duduk serumah, tanggungjawab tetap sama, hanya tunggu masa ketentuan dan dlm masa itu lafas talak boleh batal dan dianggap "ruju".

Menagapa 3 quru?

a) supaya memastikan didldm rahim si-isteri tidak ada benih / mengandung, manalah tahu sebelum kekecohan, si-isteri ada hubungan intim dgn lelaki lain (walhal dah barape lama tak bersama dgn si-suami)

b) supaya masing2 sedar tanpa isteri dan tanpa suami susah nak hidup dgn adanya anak2 (baru2 lafas, geram tak nak ingat..lama2 nanti rasa rindu)

c) supaya masing2 fikirkan anak2, kondisi rumah, financial(barangkali si-isteri tak bekerja) dan banyak lagi hikmah2 yg Allah hendak tunjukan kpd kedua pasangan jika mrk menilai dgn telilti.

Bermakna dlm 3 quru tadi lafas talak boleh batal dan dianggap ruju' dgn 3 alasan:

a) ada benih: mengandung
b) lafas: si-suami nyesal tarik balik lafas cerai
c) bersetubuh: tak tahan rindu dan mrk berdua kin sex (kalo si-isteri atau suami betul2 nak cerai tak kan laa nak kasi)

Penutup:

Bersandarkan dalil yg diberi diatas, bermakna suami-isteri itu tidak melakukan zina krn dlm masa 3 quru itu mrk masih sah suami-isteri, Hanya batal lafas talak je(tidak perlu akad nikah semula hanya batal quru, batal quru bermakna ruju')

Jika dah kin sex gaduh balik, lafas laa lagik, tunggulah 3 quru lagik.

Sekiranya sampai abis iddah 3 quru, masing2 tak jadi berpisah...camtu gak laa masih suami-isteri gak.

Jika abis iddah 3 quru..konfem nak gak berpisah, barulah si-hakim endorse jatuhnya talak 1. JIka hendak ruju kembali barulah dtngnya akad lafas nikah.

Disini kita lihat betapa uniqnya hukum2 Allah yg telah diatur kpd kita. Banyak org2 diluar salah kefahaman, lafas cerai je langsung kluar rumah, cara itu bukan merujukan mrk kembali, malahan menceraikan mrk.

Semoga mendapat manfaat. Akhiri dgn Wa Salaaaaam.

No comments:

Post a Comment

zwani.com myspace graphic comments