Ayat-ayat Mutasyabihat Utk Renungan Bersama


~x~ Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. ~x~


Kepada penziarah "UNKNOWN" sila tinggalkan nama anda supaya dapat saya post jawapan saya dengan nama anda..Terimaksih kerana bekerjasama.

Saturday, January 2, 2010

Silasilah Nabi dan Rasul

Apakah Perbezaan DiAntara
"Keturunan[bani]Adam"
Dgn
Zuriat[zuriat]Adam" ???

" click gambar untuk melihat yg lebih besar "

Wednesday, December 30, 2009

Kpd saudari hana (bab talak)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Al-Baqoroh ayat 228

Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma'ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Huraian:

Quru' = suci dari haidh - 3 quru bermakna 3 kali suci - aprrox 3 bulan, tergantung gak kondisi hormon seseorang wanita khususnya, lagi2 bila dah berumur kedatangan haidh itu tidak menentu.

Selepas si-suami melafaskan talak, bermakna diketika itu seorang hakim akan menilai syarat2 lafas talak tadi, sebagai contoh:

a) si-isteri dlm keadaan suci, tidak dlm keadaan haidh dimasa lafas tadi berlaku

b) si-suami dlm keadaan waras;

i) tidak dlm keadaan marah (manatahu ketika itu ikut rasa kemarahan)
ii) tidak mabuk (kekadang dah minum arak, tak ingat)
iii) saksi pula optional krn apa2 pun hakim yg akan menentukan dan menilai walaupun cukup syarat saksi.

Jika ada alasan2 diatas maka secara automatis batal lafas talak tadi, tetapi sekiranya masing2 hendak juga proceed. Maka ketika itulah bermula hukum 3 quru.

Dlm masa 3 quru pula, mrk masing2 masih sah suami-isteri, masih boleh duduk serumah, tanggungjawab tetap sama, hanya tunggu masa ketentuan dan dlm masa itu lafas talak boleh batal dan dianggap "ruju".

Menagapa 3 quru?

a) supaya memastikan didldm rahim si-isteri tidak ada benih / mengandung, manalah tahu sebelum kekecohan, si-isteri ada hubungan intim dgn lelaki lain (walhal dah barape lama tak bersama dgn si-suami)

b) supaya masing2 sedar tanpa isteri dan tanpa suami susah nak hidup dgn adanya anak2 (baru2 lafas, geram tak nak ingat..lama2 nanti rasa rindu)

c) supaya masing2 fikirkan anak2, kondisi rumah, financial(barangkali si-isteri tak bekerja) dan banyak lagi hikmah2 yg Allah hendak tunjukan kpd kedua pasangan jika mrk menilai dgn telilti.

Bermakna dlm 3 quru tadi lafas talak boleh batal dan dianggap ruju' dgn 3 alasan:

a) ada benih: mengandung
b) lafas: si-suami nyesal tarik balik lafas cerai
c) bersetubuh: tak tahan rindu dan mrk berdua kin sex (kalo si-isteri atau suami betul2 nak cerai tak kan laa nak kasi)

Penutup:

Bersandarkan dalil yg diberi diatas, bermakna suami-isteri itu tidak melakukan zina krn dlm masa 3 quru itu mrk masih sah suami-isteri, Hanya batal lafas talak je(tidak perlu akad nikah semula hanya batal quru, batal quru bermakna ruju')

Jika dah kin sex gaduh balik, lafas laa lagik, tunggulah 3 quru lagik.

Sekiranya sampai abis iddah 3 quru, masing2 tak jadi berpisah...camtu gak laa masih suami-isteri gak.

Jika abis iddah 3 quru..konfem nak gak berpisah, barulah si-hakim endorse jatuhnya talak 1. JIka hendak ruju kembali barulah dtngnya akad lafas nikah.

Disini kita lihat betapa uniqnya hukum2 Allah yg telah diatur kpd kita. Banyak org2 diluar salah kefahaman, lafas cerai je langsung kluar rumah, cara itu bukan merujukan mrk kembali, malahan menceraikan mrk.

Semoga mendapat manfaat. Akhiri dgn Wa Salaaaaam.

Monday, December 28, 2009

Kpd saudari cinababa (bab aqiqah)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Qorban dan Aqiqah ni sebenarnya tidak ada hukum yg tetap, ianya boleh berubah.

Sunnat: melakukanya,
Wajib: melakukanya bila jatuhnya nazar,
Harus: pd setiap muslim dan mukmin dlm seumur hidup sekali sekadar membuktikan ada gak laa ibadah Qorban atau Qiqah tadi, sebagai contoh:

a) Apa bukti kita sebagai seorg anak kpd ayahnya..ziarah ketika dia sakit, beli saguhati dan dll.

b) Contoh gak: Malaikat bertanya apa bukti kamu sebagai seorg Islam? ..kita pun baca surah Al-Ikhlas, membuktikan kita baca quran atau kita pernah berqurban dan aqiqah.

Qorban dan Aqiqah ni juga adalah isu mempersembahkan sesuatu kpd Alloh khususnya. Dan ianya berlaku krn adanya sejarah hanya utk membezakan persembahan org Islam dgn persembahan org selain islam; limau dan epal kpd kambing dan lembu. bermakna kalo mrk2 betanya knp kita sembelih, maka jwbnya samalah korang kasi oren dan epal, hanya bezanya ada pengertian Taqwa didlm ibadah kita dan menegakan syariat Islam yg dibawa nabi Allah Ibrahim.

Contoh2 pesembahan dlm Quran

Al-Maidah ayat 27

Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!." Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa."

Al-Anam ayat 138-139

Dan mereka mengatakan: "Inilah hewan ternak dan tanaman yang dilarang; tidak boleh memakannya, kecuali orang yang kami kehendaki", menurut anggapan mereka, dan ada binatang ternak yang diharamkan menungganginya dan ada binatang ternak yang mereka tidak menyebut nama Allah waktu menyembelihnya, semata-mata membuat-buat kedustaan terhadap Allah. Kelak Allah akan membalas mereka terhadap apa yang selalu mereka ada-adakan.

Dan mereka mengatakan: "Apa yang ada dalam perut binatang ternak ini adalah khusus untuk pria kami dan diharamkan atas wanita kami," dan jika yang dalam perut itu dilahirkan mati, maka pria dan wanita sama-sama boleh memakannya. Kelak Allah akan membalas mereka terhadap ketetapan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

An-Nhal ayat 56-57

Dan mereka sediakan untuk berhala-berhala yang mereka tiada mengetahui (kekuasaannya), satu bahagian dari rezki yang telah Kami berikan kepada mereka. Demi Allah, sesungguhnya kamu akan ditanyai tentang apa yang telah kamu ada-adakan.

Dan mereka menetapkan bagi Allah anak-anak perempuan. Maha Suci Allah, sedang untuk mereka sendiri (mereka tetapkan) apa yang mereka sukai (yaitu anak-anak laki-laki).


Banyak lagi contoh2 yg diceritakan dlm Al-Quran tentang persembahan. Yg paling penting kita tahu krn apa, knp dan kewajipan apa yg kita hendak persembahkan ibadah kita kpd Allah.

Apa yg kita persembahkan kpd buahhati kita? ...pasti yg lebih kemampuan kita
Apa yg kita persembahkan kpd Ayah kita? ...pasti dgn kasih sayang yg baik2
Apa yg kita persembahkan kpd Agama kita? ...sambil lewa..memain
Apa yg kita persembahkan kpd Allah? ..kambing yg kurus2, yg da nak expired umur........heran eh?

Mcm mana kita persembahkan pengorbanan kita kpd org yg kita sayang begitu juga kpd Allah malah sepatutnya yg lebih baik.

Penutup:

Wudhu' pd dasarnya hukum sunat, krn adanya sholat maka jatuhnya wajib, tidak sah sholat tanpa berwudhu. Apa buktinya kita islam?.. dgn adanya whudu masuk waktu maka kita sholat..sholat itu buktinya kita islam. (kalo wudhu hukum wajib setiap masa kene jaga wudhu tahan kentut..lama2 muka naik kuning..Ahaaakkzzz)

Qurban dan Aqiqah pd dasarnya hukum sunat, krn ada nazar maka ia wajib dilaknakan. Apa buktinya kita islam?...krn faham syariat Nabi Ibrahim, faham sejarah tentang persembahan, diberi pula dgn persembahan yg baik2 kambing lembu yg gemuk2, kambing ni pula dipelihara semasa kecil, diberi makan dgn sebaik2nya, dijaga khusus hanya utk ibadah qorban, bila dah cukup masa kambing lembu itu pun kita persembahkan kpd Allah, maka itulah buktinya kita dlm Islam.

Jgn bernazar jika tidak mampu utk Qorban atau Aqiqah....

Akhiri dgn Wa Salaam...

Saturday, December 26, 2009

Kpd yg bertanya (bab faraidh)

Bismilahirrohmaanirrohiim

Sebelum saya menjawab, utk pengetahuan anda, blog ini adalah blog public dan sesiapa sahaja, dari negeri manapun boleh mengunjungi. Susah bagi saya utk menjawab jika saya tidak tahu lokasi anda. Lain negeri lain undang2nya, sib baik ada wording "CPF". Diharapkan juga menulis nama anda diakhir soalan, supaya saya tahu dari org yg sama, tahulah saya menjawab dgn cara sedikit ringkas krn dgn alasan pernah bertanya(bermaksud dah tahu cara saya menjawab). Kalo dari org yg tak sama..maka cara jawapan saya akan berbeza..barangkali in detail skit. Mintak kejesama supaya mudah utk berinteraksi...Terimakasih.

Setelah membaca masaalah yg telah dipost, ada tersilap kefahaman dari sudut hukum Faraidh. Selagi simati itu ADA ANAK, adik beradik tidak ada hak atas harta peniggalan. Bermakna adik beradik akan ada hak ke atas harta simati bila simati itu TIDAK ADA ANAK.

Jom kita check sama2 An-Nisa ayat 11-13

Ayat 11

Pembahagian general / keseluruhan;

Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu :
bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan

dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan;

jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separo harta.

Dan untuk dua orang ibu-bapa(mak-bapak simati), bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan,jika yang meninggal itu mempunyai anak;

jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya(takde anak, yg ada mak-bapak jek)(saja),

maka ibunya mendapat sepertiga;

jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara,(kalo ada adik-beradik)

maka ibunya mendapat seperenam.

(Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
** Dari ayat 11 ni...takde pun cite pakcik makcik dapat...

Ayat 12:

Utk para2 suami yg kematian isteri;

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu,jika mereka tidak mempunyai anak.

Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya.


Utk para2 isteri yg kematian suami;

Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.

Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah
dibayar hutang-hutangmu.

Simati yg takde anak;

Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak,

tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki atau seorang saudara perempuan,(barulah status pakcik makcik timbul)

maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta.

Tetapi jika saudara-saudara itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, (bermaksud sharelaaaa masing2)

sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari'at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.

** dari ayat 12 ni baru konfem pakcik makcik dapat bahagian harta..itu pun kalo takde anak


Ayat 13;

(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya kedalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan yang besar.

Huraian dan jalan kluar:

Hukum Allah;

Yg boleh membatalkan hukum faraidh adalah wasiat dan hutang, kedua2 ini wajib dilaksanakan dulu jika ada. Jika harta simati abis camtu jek dgn bayar utang, maka seiapa pun tak dpt, krn fungsinya bayar hutang itu, utk tidak mebebankan ahli waris.
So jika takut gak tidak berlaku adil...bikinlah wasiat yg mana dlm wasiat tu hanya anak dan isteri dia je yg dpt. Jika nak kuatkan lagik disertakan pula dgn diwakili surat lawyer.(pasang 1 lawyer bikin surat wasiat, kalo mati pun ada surat dari lawyer)

Al-Maidah 106


Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu (boleh pasang lawyer cina), jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: "(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."

Wasiat ni pula boleh batal gak jika wasiat itu tadi memudhorotkan ahli waris. Sebagai contoh dlm wasiat itu dia sedekahkan seluruh harta dia kat masjid tetapi anak2 dan isteri dia banyak hutang, takde tempat tinggal, takde makan dan pakaian maka wasiat itu batal.


Hukum circular dan undang2 negeri:

Rumah itu dipaksa jual hanya bila ada 1 nama sebagai owner. So taruk nama isteri dia beli insurance yg mana bila suami mati secara automatis rumah itu menjadi percuma tanpa bayaran dan menjadi hak milik si-isteri.

Wang CPF pula taruklaa nama isteri dan anak2 sebagai beneficiary(one that receives a benefit) maka CPF itu hanya boleh dimilki oleh sipemilik.


Jika rumah hanya nama suami, wang simpanan dibank juga hanya nama suami, wang CPF pula tanpa nama beneficiary dan apa2 milik harta yg bersangkut-paut terkait dgn kerajaan. Maka secara automatis rumah yg dijual, wang CPF dan wang simpanan bank akan ke "PUBLIC TRUSTEE". Utk memiliki wang2 tersebut hanya anak dan isteri sahaja yg boleh claim dgn membuktikan/producekan surat nikah dan birth cert. JIka tiada anak dan isteri maka adik beradik barulah boleh claim dgn sama method. Paper work dan wang akan kluar dlm masa 3 ke 4 bulan.

Apa yg saya lihat tiada masalah pun dari sudut hukum dan undang2..memang pakcik2 dia tak akan dapat wang tersebut..Jgn stress2 laa..harta suami tetap akan ke anak dan isteri dia..cuma mintak kejesama anda utk taruk nama anda dipost dan lokasi supaya senang saya jwb.

Akhiri dgn Wa Salaam...

Thursday, December 24, 2009

Kpd Arwah Ibuku

Milford Sound in New Zealand


Bismilaahirrohmaanirrohiim

Al-Ahqof ayat 15

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."


A-Isro' ayat 24

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil."


"Semoga semua amal ibadahku disalurkan kepada orang tuaku khususnya kepada Arwah Ibuku sebagai penghapus dosa untuknya" "Aku redho dia selaku ibuku dan aku mengakui bahwasanya sesungguhnya beliau adalah seorang Ibu Mithali"

kpd yg bertanya (bab diskusi agama kpd teman)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Anda - Kawan Anda - Allah

Soalan anda adalah topik yg bersangkut paut dgn "DAKWAH". Saya cuba kongsi topik yg panjang lebar ni dgn secara ringkas semoga anda mendapat Hidayahnya Allah drp apa yg akan saya kongsikan...InsyaAlloh.

Anda

1) Cara; dgn Method Hidayah dan Teknik Nabi s.a.w)

Hidayah dlm bahasa kefahaman adalah = "Komunikasi". Terbahagi kpd 3:

Hidayahtul Khowas = Pancar Indra (mata dan telinga)
Hidayatul Akal = Pemikiran (mcm politik gak)
Hidayatul Wahyu = Al-Quran dan Sunnah

Ketiga2 method diatas digandingkan dgn teknik Nabi s.a.w. Terbahagi pula kpd 4:

Siddiq (yg semata2 benar)
Tabligh (penyampai)
Amanah (jujur, ikhlas)
Fathonah (bijaksana)

Huraian:-

Asy-Syuaraa ayat 214

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat

terdekat = qorib. Dekat dgn bermaksud mengenali diri dan kondisi kawan anda terlebih dahulu..kita tahu dia suka apa, keluarga dia ada brape, kerja dimana e.t.c...dan yg paling terpenting skali apa masalah yg dia sedang hadapi. Bermaksud kenalilah diri kawan anda sedekat2 mungkin seperti kita kenal adik-beradik kita atau anak-isteri kita dgn alasan supaya senang kita masuk Method2 yg diatas tadi. (Jgn syiok duk bebual agama jek)

Sebagai contoh,


a) dia tengah ada masalah keluarga, kita lak berkomunikasi agama (hidayah wahyu), saya rasa susah nak masuk, kalo masuk pun sekejap, dah balik nanti ilang.

b) dia bekerja shift, penat, kita lak mula (hidayah wahyu)lecture tentang ibadah, kondisi tak sesuai.

Inilah alasan2 yg sepatutnya kita nilai terlebih dahulu sebelum berkomunikasi.

i) Khowas itu limited version, walau mcmana canggih alat pun apabila dihalang dinding ianya tidak akan boleh nampak atau dgr.

ii) Akal ni pula lebih drp khowas ianya boleh tercapai dari hujung bumi sehingga ke langit, dgn akal juga manusia itu boleh menciptakan bermcm2 kreativiti, tetapi tetap limited krn akal ini tidak boleh menjangkau lebih dari apa yg telah Allah ciptakan, seperti ciptaan manusia, bumi, lalat, haiwan dll.

iii) Hanya dgn wahyu sahajalah kita akan dpt tahu bagaimana manusia itu diciptakan.

....Dgn syarat khowas dan akal itu tidak boleh melebihi Allah dan RasulNya.

JIka bebual melalui dalil tidak berhasil, gunakanlah cara akal atau contoh2 para2 sahabat supaya anda dpt mengatasi pemikiran kawan anda terhadap agama dgn alasan2 yg munasabah, jika tidak ada effek juga, maka gunakanlah mata dan telinga kawan anda dgn menonjolkan akhlak yg terbaik anda kearah amal maruf nahi mungkar dgn sabar sehingga berjaya jgn lupa utk disertakan gandingan 4 teknik Nabi s.a.w. Bersesuaian mana yg lebih effektif.

...Barangkali bukan kawan anda...tetapi andalah yg tidak tahu melihat kondisi yg paling sesuai atau terbaik utk kawan anda.

Kawan Anda

Allah tidak akan merubah keadaan kawan anda jika dia sendiri tidak mahu ubah keadaan dia sendiri. (tidak perasan yg diri dia sudah beku lama)

Ar-Rod ayat 11

yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Alloh tidak akan mengubah nikmat kawan anda jika dia sendiri tidak merubah nikmat dia sendiri. (barangkali hidup senang atau hidup susah sehinggakan lupa agama)

Al-Anfal ayat 53

yang demikian itu adalah karena sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan meubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu meubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

A-Baqarah ayat 14

Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."

Allah

Saya selaku yg berkongsi ingin berpesan kpd anda.

"KERJA ANDA HANYALAH MENYAMPAIKAN DAN BUKAN ANDA YG MEMBERI PERTUNJUK TETAPI ALLAH"

An-Nahl ayat 93

Dan kalau Allah menghendaki, niscaya Dia menjadikan kamu satu umat (saja), tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan.

Al-Baqarah ayat 272

Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan).

Asy-Syura ayat 13

Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya).

Al-Qoshos ayat 56

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk

** Jgn kita mengharapkan apa2 upah atau niat. Tetapi hanya tujuan utk beribadah kpd Allah dgn perantaraan berdakwah.

Topik hanya berkongsi semata2. Jika isinya baik maka ambilah, jika tidak, maka buanglah. Hanya Allah dan Rosul yg sebenar2 HAQ

Akhiri dgn Wa Salaam....

Sunday, December 20, 2009

Kpd yg bertanya (bab status seorg iman)

Bismillahirrohmaanirrohiim

Islam..orgnya Muslim - Iman orgnya Mukmin, dari sudut bahasa lak "percaya".

alif-mim-nun: juga boleh dipecahkan kpd beberapa maksud bahasa yg terkait, sebagai contoh: aman..mengamankan, amiin..merestui/menghadiahkan dan amanah..sikap jujur. Bolehlah anda mengambil sifat2 diatas ni sebagai satu amalan utk mencuba.

Cara utk iman dan org2 yg beriman harus dgn "ber-pakage".

At-taubah ayat 20

orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.

Iman-Hijrah-Jihad disertakan dgn Harta dan Diri.

Huraian:

Iman: Wajib percaya dgn apa2 pun yg telah dijelaskan dan difahamkan dlm Al-quran dan Sunnahnya Nabi s.a.w 100% dgn tanpa ada sembarang sifat, sikap, cara, sembahan, hukum, ibadah yg boleh menodai, mengotori, membelah-bagi atau membatalkan Al-Quran dan Sunnah.

Hijrah: Selepas itu kita ubah, pindah apa2pun yg telah kita faham dlm Al-Quran dan Sunnah tadi kearah kebaikan, kesempurnaan, ketertiban, keikhlasan dan ketaatan.

Jihad: Dlam bahasa sungguh2 bukan perang. Selepas ubah maka bersungguh2 lah kita dlm menjalanan apa2 pun yg telah kita teorikan kpd praktik dgn semampu-mampunya,

Ketiga2 tadi pasti akan terkait dgn harta dan diri...masa terbuang utk carik ilmu, mula lah penat pas bekerja, biaya pula terpakai, transportasi, isi petrol utk bergerak. Bermakna harta dan diri ini berfungsi utk mendapatkan ketiga2 pakage itu.

Secara ringkas, (Iman)percaya dulu..pastu (hijrah)ubah sikap..dan (Jihad)sungguh2 kpd apa yg kita imankan dan hijrahkan tadi. Persiapkan pula harta dan diri anda utk ketiga2 tadi.Percaya, tapi tak ubah sikap, atau ubah tapi tidak bersungguh2...pun tak ada ertinya ibarat ibadah seperti debu. ( Kita boleh mendapatkan info atau lain kefahaman tentang isu Iman, mana2 kefahaman pun baik selagi tidak melanggar syara', tetapi pakage ini melebihi atau menonjolkan keimanan seseorang yg hendak menuju atau digelar "MUKMIN" )

Penutup:

Sebelum saya akhiri ada sedikit pesanan dari Allah s.w.t yg hendak saya kongsi, dlm suroh:

Al-Ankabut ayat 2-3

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

*** Jgn kita mimpi utk beriman sebelum kene TEST. Dlm setahun, kita akan diuji skali atau dua kali oleh Alloh.

At-Taubah ayat 126

Dan tidaklah mereka memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?

** Adakah anda siap utk dpt status Iman? Sebelum anda siap, baca firman Alloh dibawah ni.

Al-Hujuraat ayat 14

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Tunduk maksudnya patuh dan patuh pula dlm bahasa arab Taslim. Sebenarnya apa yg hendak saya sampaikan kpd anda adalah...Jgnlah anda kejarkan Iman tetapi kejarkanlah patuh / tunduk / tasllim = "TAAT", krn ketaatan itu nadi ibadah dan jika anda trus melaksanakan ketaatan dgn tanpa no question ask, maka anda akan tahan diuji. InsyaAllah Iman itu akan turut serta masuk ke dada kamu.

Saya akhiri dgn An-Nahl ayat 110

Dan sesungguhnya Tuhanmu bagi orang-orang yang berhijrah sesudah menderita cobaan/ujian, kemudian mereka berjihad dan sabar; sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga mendapat manfaat...Wa Salaamuu...


zwani.com myspace graphic comments